Thursday, March 29, 2007

AsaL aKU mALaS SeMbaHyaNg





Penulis: Aku lar...
Ditujukan Kepada: Aku dan semua yang seumpama......

Apasal la aku malas sembahyang......
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Yang berdiri tanpa roh siang dan malam.....

Apasal la aku malas sembahyang........
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara dah aman tak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh nak luang.....

Apasal la aku malas sembahyang.........
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu biar boleh pikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa la aku tak kenang.....

Apasal la aku malas sembahyang.........
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket consert aku sanggup beratur panjang,
Apa ingat masuk syurga boleh hutang.....?

Apasal la aku malas sembahyang........
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.....

Apasal la aku malas sembahyang.........
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa yang dapat halang......!!!!!

Tuesday, March 27, 2007

Pesanan Imam Hassan Al-Banna


IMAM Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di sebuah desa al-Mahmudiyyah dalam al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal oleh ketaatan ajaran dan nilai Islam. Keluarganya juga ulama yang dihormati. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal.

Imam Hassan al-Banna menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan didikannya, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini. Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:


• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.

• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.

• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

Monday, March 26, 2007

FREE SMS
















Ni aku dapat satu laman web yang provide sms percuma. Kat sini korang boleh hantar sms kat sape-sape je. Klik sini utk sms free http://www.mobik.com

SELAMAT DATANG KE BLOG AKU




Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini. Dengan rasa sederhana aku dengan segan-segan melancarkan blog aku yang tak seberapa ini. Aku harap blog ni dapat bagi sesuatu yang berfaedah kat semua pengunjung